NOVEMBER 2021

Abg Jo Lancar Jentera PRN Gabungan Parti Sarawak (GPS)


KUCHING, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari Openg yang juga Presiden Gabungan Parti Sarawak (GPS) melancarkan jentera Pilhan Raya Sarawak GPS bertempat di Ibu Pejabat PBB Jalan Bako malam ini tadi.

Sejurus ketibaan, Presiden GPS telah diberi tepukan yang amat gemuruh oleh hadirin yang hadir dan disusuli dengan nyanyian lagu GPS beramai- ramai.

Ketika menyampaikan amanatnya, Abang Johari menyeru semua ahli dan jentera parti GPS agar bergerak dengan yakin dan sentiasa bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Simbolik pelancaran kemudiannya diteruskan dengan bacaan ikrar beramai- ramai dikuti dengan majlis penyerahan bendera GPS oleh Presiden GPS kepada Ketua-Ketua Parti komponen GPS.

Sumber dari : Sarawakku